Pabila Ia Sudah Tiada Baru Kau Kesal.
done by one of my friend's friend
Bukannya aku marah,cuma ku kecewa,
bukan ini yang ku mahu,ini apa yang ku ingin kau tahu,
ia hanya satu salah faham,
ku tahu kau berang kerna itu kau pergi tanpa salam,
termenung ku saorang ditemani malam,
ku cuma ingin hatiku kau selam,
agar dapat kita selamatkan bahtera cinta kita yang hampir karam,
bukan mahuku kita berpisah,
sebenarnya hatiku remuk lihat kau terseksa,
gelisah kerna akalmu letih memikir,
apakan terjadi padanya jika aku kau pilih,
penat ku lihat kau ke hulur ke hilir,
kananmu aku,si dia pula di kiri,
pasti dia juga sama,kian membuak rasa bersalah,
dia perlukan mu seperti ulat bulu inginkan sayap,
aku perlukan mu seperti lilin yang takut ditiup malap,
fikirkan dia tak akan kembali,
sangkanya dia telah mati,
aku pula harus pergi,
kerna ibu pertiwi inginku berbakti,
ku menalifon mu tanpa henti,
tidak kau jawab lalu ku tinggalkan pesanan di peti,
"esok jam empat tempat biasa jangan lewat",
kau membalas ringkas dan teruskan rehat,
sedih,kerna kau ingin pulangkan barangan yang ku beri,
gambar,cincin dan rantai yang pernah buat kau seri,
ikutkan hati ingin ku menemuimu,
tapi aku tidak pasti jika kau rinduiku,
entah mengapa tiba-tiba ku merasa tenang,
redha akan keadaan,melepaskan segalanya dengan senang,
mungkin kerna ku ingin kau bahgia,
dan bukan cintamu dibahagikan,
malam tidaklah dingin tapi ngapa ku berasa sejuk,
selubung selimut empat bantal dipeluk,
herannya tergerak hatiku membaca,dengan artinya,
sempat pula berdoa agar kau tabah hadapinya,
fikirkanmu hingga ku terlelap,
wajahmu terbayang bila sinar pulaukan gelap,
cuba sedarkan diri di pagi hari,
tapi rasanya lain sekali,
kaku,terbujur barulah ku mula mengerti,
maaflah sekiranya ku lewat temuimu disitu,
janjinya jam empat tapi dari pandang mata ku masih tidur,
kau menalifon dan kau sngka yang menjawabnya aku,
khabar yang disampaikan buat kau terpaku,
bisu,lalu kau terus bergegas,
agar dapat kau kesini sebelum kau terlepas,
tiba didepan pintu,langkah seribu sepatu,
sepanjang perjalanan tidak henti mengalir jatuh,
merah saga matamu,penglihatanmu kabur,
hingga adik ku,sekilas pandang kau fikirkan aku,
melutut ke lantai,kanan nya kain batik,
katamu,"B...sabar..Tuhan lagi mencintainya...",
"kak...kak ok? ini adiklah",
kau terpingga,kerna adikku dalam baju yang ku punya,
dari jauh ku lihat kau sedang mengusap matamu yang kuyup,
datang ibuku menarik kain batik yang menutup,
kau senyum seketika dan bertanya,"mana abang?"
sambil menoleh ke arah ibu,akalmu terus hilang,
kau dakapi jasad disebelah ibu,
tangan yang layu diangkatmu,
nama diulang ibarat lagu,
namun....
aku telah pergi JAUH........
Slackerz